Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Penggu­na Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi yang berpeluang bersemuka dengan Dzulkifli selama kira-kira empat jam.

 image
‘‘Saya bukan suka puji orang dan bukan dapat peruntukan cakap macam ini, tetapi (Dzulkifli) hebat dan luar biasa. Perwatakan beliau sememangnya layak jadi pemimpin kerana tawaduk, merendah diri, berani dan penuh sifat kasih sa­yang.

‘‘Saya juga me­ngakui kehebatan SPR­M dalam tugas risikan dan ia bakal menjadi mimpi ngeri kepada pengamal rasuah di negara ini. Malah, beliau (Dzulkifli) sanggup terima kritikan dan pandangan saya. Apabila beliau kata hanya ingin meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, saya hampir menitiskan air mata.

‘‘Malah, saya suka dengan jawapan yang mengatakan beliau berkhidmat bukan untuk orang politik, sebaliknya untuk rakyat dan negara,’’ katanya yang dipetik daripada sebuah portal di sini hari ini.

Yusuf mengulas pertemuan­nya dengan Dzulkifli atas jemputan rasmi sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau ditahan SPRM di Putrajaya semalam.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ketua-pesuruhjaya-sprm-luar-biasa-1.536780