Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KKM perlu jamin tiada produk Eropah berasaskan telur fipronil di pasaran – PPIM – Astro Awani – 17/8/2017
18 Aug 2017

Snapshot

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan berkenaan keselamatan produk Eropah berasaskan telur yang diimport ke Malaysia.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna keliru dengan tahap keselamatan produk yang berkemungkinan tercemar dengan bahan kimia fipronil.

Katanya, kebanyakan produk berasaskan telur sering menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti biskut mentega, mayones, snek termasuk bahan-bahan pembuatan kek.

“Kementerian Kesihatan perlu memberi maklum balas segera berkenaan produk berasaskan telur dari Eropah yang diimport masuk ke negara kita.

“Ia termasuk menyemak semua rekod-rekod import yang ada  supaya mereka (KKM) boleh mengeluarkan amaran bukan sahaja kepada pengedar, peruncit atau pemborong, malah kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tidak menafikan usaha untuk menyekat semua produk berasaskan telur dari Eropah sukar, namun senarai import perlu dikeluarkan dalam memberi pengetahuan kepada rakyat.

Baru-baru heboh di laman sosial apabila media melaporkan isu telur ayam tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda.

Susulan isu itu, Jerman, Belgium, Sweden dan Switzerland menarik balik berjuta-juta telur daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk telur ayam yang mengandungi fipronil adalah melakukan kesalahan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-perlu-jamin-tiada-produk-eropah-berasaskan-telur-fipronil-di-pasaran-ppim-152672