Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KONTRAKTOR TUNTUT FELDA BAYAR BAKI RM4JUTA – MALAYSIA GAZETTE – 17/4/19
17 Apr 2019

malaysia gazette ( Kontraktor tuntut felda bayar baki RM4 juta ) 17.4.19

KUALA LUMPUR – Syarikat sub kontraktor projek Perumahan Warga Felda (PWF) Chuping, Perlis hari ini menuntut bayaran baki RM4 juta daripada anak syarikat FGV, Felda Properties Sdn. Bhd. dan Felda Engineering Services Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan, Abu Johan Aboo Backer menuntut jumlah berkenaan setelah menyiapkan projek sebanyak 90 peratus pada Disember 2016.

Tuntutan itu dibuat pengarah syarikat berkenaan, Abu Johan Aboo Backer setelah syarikat utama, Gema Kukuh Sdn Bhd telah ditamatkan kontrak pada Disember 2016 lalu atas alasan lewat menyiapkan projek berkenaan.

“Kalau ikut lewat memang lama, setahun, Tetapi bukan sebab kita, sebab kelulusan IWK (Indah Water Konsortium) baru dapat 2017, sebenarnya projek ini tahun 2013 sudah dapat kelulusan macam kelulusan IWK, kelulusan JKR, memang dia kena buat.

“Tapi tahun 2017 baru mereka dapat itulah lewat tu, disebabkan faktor konsultan tak mainkan peranan dan teknikal,” katanya ketika dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini.

Syarikat berkenaan hari ini mengadu kepada PPIM kerana mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam kontrak berkenaan.

Jelas Abu Johan, terdapat kesukaran dalam mempercepatkan projek berkenaan kerana kedua-dua anak syarikat diterajui oleh individu yang sama.

“Konflik kepentingan ini juga berterusan di dalam anak syarikat lain yang turut di lantik sebagai konsultan iaitu Allied Engineering Consultancy Services Sdn Bhd di mana Hasan Ahmad bertindak sebagai Ketua Pengarah Eksekutif dan juga Pengurus Projek,” katanya lagi.

Justeru katanya, sekiranya tuntutan ini gagal, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anak syarikat Felda itu.

“Kalau ikut memang kita akan ambil tindakan undang-undang, ini (sidang media) adalah pendekatan terakhir.

“Banyak saluran kita dah pergi sampai ke timbalan menteri, ke parlimen kita sudah pergi. Ini pendekatan terakhir, kita ambil masa dalam dua tiga minggu atau sebulan kita akan failkan di mahkamah kalau benda ini tidak jalan jugak,” katanya lagi.

Untuk rekod, syarikat Abu Johan Aboo Backer dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan projek perumahan generasi kedua Felda Chuping yang terdiri daripada 158 unit rumah mampu milik, 66 unit rumah kos sederhana, dan 17 unit rumah kedai melibatkan kos RM24 juta.

Mengulas mengenai itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata isu ini segera diselesaikan kedua-dua dan terus mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan.

Katanya, tidak guna jika pentadbiran Felda diterajui oleh orang baru tetapi kakitangan-kakitangannya masih dibelenggu budaya kerja lama.

“Kerajaan baru pun tapi kakitangan lama, memang tak jadi apa. Pasal mereka berkuasa, mereka boleh buat apa mereka nak,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

 

Artikel Oleh : Malaysia Gazette

KONTRAKTOR TUNTUT FELDA BAYAR BAKI RM4JUTA

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/17/kontraktor-tuntut-felda-bayar-baki-rm4-juta/