Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Lebih 500 aduan tipu pajak kenderaan – Metro Online – 6/7/2017
07 Jul 2017

Snapshot

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.

Katanya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.

“Apabila pengguna sudah diberitahu tentang adanya perjanjian menyebabkan mereka menyerahkan kenderaan dengan rela hati. Ada yang yakin kereta mereka digunakan (sambung bayar), sudahnya terima notis dari bank memaklumkan ada tunggakan bayaran.

“Satu cara lagi, syarikat itu juga menawarkan pembelian kereta baru, yang kononnya akan dipajak, tetapi semuanya ditipu. Ada sangkut paut antara sindiket dan institusi kewangan,” katanya pada sidang media hari ini.

 Hadir sama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas, Ali Salimin.