Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
LEBIH RAMAI BOLEH NIKMATI HARUMANIS – KOSMO – 7/6/2017
07 Jun 2017

kosmo 7.6.2017

Kuala Lumpur – Kejatuhan harga mempelam harumanis sehingga pada paras RM20 sekilogram ketika ini memberi peluang terbaik kepada orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah untuk menikmati keenakan buah tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, sebelum ini, mempelam harumanis dijual pada harga RM40 sekilogram.

“Dengan kejatuhan harga buah itu, saya rasa lebih ramai orang yang akan mampu untuk menikmati keenakan mempelam tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harumanis mengalami kejatuhan harga sehingga 50 peratus ekoran permintaannya menurun sepanjang Ramdahan sedangkan pengeluarannya meningkat berbanding tahun lepas.

Fenomena tersebut mengakibatkan adapeniaga yang menjualnya pada harga RM20 sekilogram meskipun harga lantai yang ditetapkan pihak berwajib adalah pada RM26 sekilogram.