Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Majils Pelancaran E-Insolvensi Mobile Apps dan Jelajah Rang Undang Undang Kebankrapan (Pindaan) 2017 – PPIM – 4/5/2017
04 May 2017

Majils Pelancaran E-Insolvensi Mobile Apps dan Jelajah Rang Undang Undang Kebankrapan (Pindaan) 2017

PPIM-4 Mei 2017 – Majils Pelancaran E-Insolvensi Mobile Apps dan Jelajah Rang Undang Undang Kebankrapan (Pindaan) 2017 telah diadakan di Dewan Harmoni Ara 2, Bangunan Hal Ehwal Undang Undang, Presint 3, Putrajaya pagi tadi.

E-Insolvensi menyediakan perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI). Perkhidmatan yang ditawarkan adalah bagi membuat semakan ke atas status Kebankrapan Individu dan Pengggulungan Syarikat.

Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, sehingga Februari lepas, terdapat 292,086 kes kebankrapan yang aktif dan bankrap yang masih belum dilepaskan adalah 58.57 peratus adalah dalam lingkungan berumur 25 sehingga 44 tahun.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, mendapat sambutan yang positif dari masyarakat. Turut hadir bagi menunjukkan sokongan adalah Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha.

 

WhatsApp Image 2017-05-04 at 9.42.14 AM WhatsApp Image 2017-05-04 at 9.42.48 AM WhatsApp Image 2017-05-04 at 9.42.49 AM