Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula – kinitv – 26/4/2017
27 Apr 2017

Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.

Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang.

“Justeru, ia memberi kita ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian kewarganegaraan, ketika diberikan kepada golongan buka Melayu,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.

“Ini isu undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita mahu mahkamah menentukannya,” katanya.

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.