Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENASIHAT KEHORMAT PPIM MENINGGAL DUNIA – MALAYSIA GAZETTE – 24/1/19
24 Jan 2019

Malaysia gazette ( Penasihat kehormat PPIM meninggal dunia ) 24.1.19

KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), General (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia kira-kira pukul 8.20 malam ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Yayasan Patriot menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di sini.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Khalid Ibnu Al Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat untuk urusan pengebumian yang akan dilakukan esok.

Upacara pengebumian Allahyarham dijangka dibuat pukul 10.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

 

Artikel Oleh : Malaysia Gazette

PENASIHAT KEHORMAT PPIM MENINGGAL DUNIA

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/23/penasihat-kehormat-ppim-meninggal-dunia/