Tujuh puncak yang berjaya didaki itu adalah Nargajun setinggi 5,100 meter, Gokyo RI (5,357 meter), Chola-La Pass (5,420 meter), Chukung RI (5,550 meter), Kongma La Pass (5,500 meter), Khalapattar (5,550 meter) dan Kem Pangkalan Everest (5,364 meter).

Beliau ketika ditemui melahirkan rasa syukur dapat menyelesaikan pendakian tujuh puncak yang berketinggian lebih 5,000 meter dengan selamat.

“Lebih penting, kejayaan saya ini adalah kerana sokongan pelbagai pihak termasuk keluarga sejak dari awal perancangan pendakian ini bermula,” katanya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.

Ketibaan pendaki solo disambut oleh wakil Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah dan Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal.

Mohd. Noor, 50, merupakan jurufoto Utusan Malaysia dan pernah mencatatkan beberapa rekod pendakian sebelum ini. – UTUSAN ONLINE