Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGGUNA BERHAK DAPAT MAKLUMAT – SINAR HARIAN – 9/2/2017
09 Feb 2017

d4e8881a-b3be-4fd0-acb2-55ec99a8e164

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM menyokong penuh gesaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengeluar supaya mempamerkan label pada setiap barang dihasilkan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, label disertakan perlu jelas dan tidak mengelirukan supaya pengguna boleh buat pilihan lebih tepat

“Lapan hak pengguna diiktiraf termasuk hak dapatkan maklumat pada setiap produk melalui label disertakan. Jika perkara ini dilakukan semua pengeluar, masalah memilih barangan terutama dalam kalangan pengguna Muslim tidak akan berlaku.

“label disertakan juga perlukah mengandungi maklumat lebih jelas kepada pengguna kerana ada sesetengah barang di pasaran mempamerkan maklumat atau istilah kurang difahami,” katanya pada sidang media, semalam.

Selain itu, Nadzim berkata, kesedaran pengguna terutama dalam kalangan Muslim juga perlah ditingkatkan supaya tidak akan berlaku masalah sama.

“Sementara proses penguatkuasaan undang-undang itu dilakukan, kesedaran pengguna sendiri penting dan mereka juga harus bertindak lebih bijak.

“selain memilih barangan memiliki label, pengguna perlu bertanya kepada penjual untuk mendapat kepastian mengenai barangan ingin dibeli terlebih dahulu” katanya.

“Insya-ALLAH, minggu depan PPIM akan bincang dengan KPDNKK cadangan label bersesuaian pada barang. Kita harap masalah ini dapat diselesaikan kerana ia melibatkan pelbagai barang keperluan.