Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENGILANG ROKOK KAUT UNTUNG PERCUMA SELEPAS GST DIMANSUHKAN – SIDANG MEDIA PPIM – 16/7/18
16 Jul 2018

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati selepas penurunan kadar GST daripada 6 peratus kepada 0 peratus, harga penjualan rokok adalah kekal pada harga asal dengan GST.

Sebelum dan selepas GST, Kementerian Kesihatan tidak membenarkan harga rokok diturunkan kerana takut jika harga rokok lebih murah ia akan menggalakkan lebih banyak perokok.

Bagaimanapun, tanpa pengurangan harga, 6% yang dikenakan oleh syarikat penjual rokok keatas perokok telah memberi keuntungan bonus bagi syarikat pembuatan rokok.
WhatsApp Image 2018-07-16 at 11.48.11 AM

Basir Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (mawar) berkata maklumat yang diperoleh persatuan itu menunjukkan tiga syarikat tembakau utama memperoleh keuntungan RM96.5 juta sejak GST dikurangkan ke 0 peratus namun harga rokok kekal dengan harga asal.

WhatsApp Image 2018-07-16 at 11.43.47 AM WhatsApp Image 2018-07-16 at 11.48.09 AM

Justeru, Persatuan Mawar mencadangkan keuntungan ‘atas angin’ yang dinikmati syarikat-syarikat tembakau ini disalurkan kepada tabung harapan negara.

WhatsApp Image 2018-07-16 at 11.48.12 AMSelain itu persatuan Mawar juga mendapat maklumat syarikat-syarikat pengilang rokok juga mahu mengeluarkan pek rokok yang lebih kecil iaitu 7 dan 14.

‘Kami berharap pihak kerajaan PH bertegas dan tidak membenarkan pengeluaran pek kecil rokok ini kerana ia akan membawa kesan buruk kepada rakyat negara ini,’ katanya.

 

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032. Terima Kasih. [TAMAT]