Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
” PENIAGA JANGAN LETAK HARGA SESUKA HATI – NGO ” – UTUSAN MALAYSIA – 6/1/2017
06 Jan 2017

utusan malaysia 6.1.2017

Kuala Lumpur 5 Jan – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa peniaga tidak mengambil kesempatan ketika musim tengkujuh yang melanda sebagai alasan menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga perlu bertimbang rasa dengan mengekalkan harga barangan mengikut harga kawalan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

” Saya faham susah bagi peniaga untuk menyimpan bekalan di musim tengkujuh,tetapi itu bukan alasan untuk mereka menaikkan harga barang keperluan melebihi harga kawalan yang ditetapkan.”

” Peniaga perlu buang sikap tamak dan menerima apa yang berlaku dengan seadanya serta bersikap jujur dalam peniagaan mereka,”katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil tinjauan Utusan Malaysia di pasar Chow Kit yang mendapati rata-rata pengguna mahukan penguatkuasa memantau kenaikkan harga ikan yang naik mendadak sejak musim tengkujuh.