Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PENYERAHAN SENARAI NAMA SYARIKAT DISENARAI HITAMKAN KEPADA BANK NEGARA MALAYSIA LINK – PPIM – 10/5/2017
10 May 2017

PPIM – 10 Mei 2017 – Perjumpaan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Bank Negara Malaysia Link (BNM LINK) adalah bertujuan untuk membincangkan kes-kes penipuan dan menyerahkan senarai nama syarikat yang telah PPIM terima untuk diambil tindakan.

Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) menyerahkan senarai nama syarikat yang dipercayai telah menipu ramai orang kepada Pengarah Bank Negara Malaysia LINK, Datin Arlina Ariff untuk diambil tindakan. Hampir 288 syarikat telah dikenal pasti dan antara nama-nama syarikat yang telah disenaraikan adalah 1gold.com.my, Bfs Markets, Cybertrustfx, Amazing Yields Sdn Bhd dan Arba Emas Perak.

BNM LINK adalah satu saluran medium dimana orang ramai boleh melaporkan aduan atau mendapatkan maklumat berhubung dengan perkara-perkara berkaitan sektor kewangan. BNM LINK menerima aduan berkenaan penipuan seperti insuran, hal-hal dalam bidang perbankan, matawang dan perkara-perkara lain yang dibawah bidang kuasa BNM. Selain itu, BNM LINK juga menyediakan perkhidmatan informasi seperti pembiayaan PKS.

PPIM percaya bahawa pihak BNM LINK akan bekerjasama dengan PPIM dan mengenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada syarikat-syarikat yang telah disenarai hitamkan jika disabitkan kesalahan. PPIM juga menasihatkan agar masyarakat memeriksa latar belakang syarikat itu sebelum membuat apa-apa pelaburan. Segala informasi boleh didapati di laman sesawang BNM LINK atau di talian am BNM LINK +60(3) 2698 8044