Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERHIMPUNAN BUKTI SOLIDARITI UMAT ISLAM – UTUSAN MALAYSIA – 18/12/17
19 Dec 2017

Utusan Malaysia ( perhimpunan bukti solidariti umat islam ) 18.12.17

(KUALA LUMPUR 17 Dis – Semua golongan rakyat perlu menyokong dan menyatakan Solidariti terhadap Palestin yang telah sekian lama berdepan ancaman dan tindakan kejam Israel tanpa sebarang halangan. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengiktirafan oleh Donald Trump bukan Sekadar bukti Amerika Syarikat merestui penaklukan Israel ke atas Baitulmaqdis, malah menunjukkan kuasa besar dunia itu hanyalah boneka bagi rejim Zionis.

Beliau berkata, tindakan terang-terangan dan berterusan Israel mencabuli hak rakyat Palestin itu perlu ditentang sambil dibuktikan dengan tindakan seCara kOnkrit dan berterusan. Menurutnya, perhimpuan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin bukan sahaja amat bagus malah perlu menjadi titik permulaan bagi semua umat Islam untuk bersatu menentang Segala kezaliman yang selama ini Israel lakukan termasuk pendudukan di tanah Palestin Selepas tahun 1967.

“Walaupun pelbagai resolusi dan bantahan dibuat namun isunya masih tiada kesudahan malah makin meluas. Jadi perhimpuan di Masjid Putra, Jumaat depan menjadi permulaan sokongan moral disusuli tindakan lebih serius oleh rakyat Malaysia termasuk memboikot produk dan perkhidmatan Amerika,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perhimpunan yang dijadualkan pada 22 Disember selepas Solat Jumaat itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad berkata, isu kedaulatan, kemanusiaan dan keadilan dicabuli oleh Israel sambil disokong pula Amerika Syarikat perlu dihentikan segera, termasuk bermunajat meminta pertolongan Allah SWT. Katanya, konflik kemanusiaan dan penindasan yang berpanjangan terhadap hak manusia lain perlu diletak sebagai keutamaan bersama yang mengatasi segala perbezaan ideologi politik.

“Soal Baitulmaqdis dan pencabulan Israel terhadap Palestin selama ini seharusnya ditentang oleh semua pihak termasuk rakyat bukan Islam kerana isunya adalah penindasan dan pelanggaran undang-undang yang melangkaui kepentingan agama. “Semua rakyat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik mahupun persatuan perlu bersatu hati dan berhimpun menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan mendesak Amerika Syarikat hentikan segala pengiktirafan yang diberikan selama ini.” katanya.

Pendakwah Bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah pula menegaskan, perhimpunan besar-besaran itu perlu menjadi penanda penting permulaan muafakat dan penyatuan usaha ke arah membantu Palestin.

“Rakyat Malaysia dan umat Islam keseluruhannya berperanan dalam membantu dan mempertahankan kesucian Baitulmaqdis.

“Pengiktirafan dibuat Amerika Syarikat bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan bagi umat Islam bersatu dan berpadu mempertahankan Palestin, mengatasi segala kepentingan lain,” ujarnya.

 

Artikel Oleh : UTUSAN MALAYSIA