Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERLU RM100,000 LAGI JAYAKAN MISI TAWAN 6 PUNCAK – HARIAN METRO – 21/4/2017
21 Apr 2017

harian metro 21.4.2017.jpg 2

Kuala Lumpur: Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 lagi untuk menjayakan Misi Menawan 6 Puncak Banjaran Himalaya.

Bermula Ahad ini, jurugambar berusia 50 tahun itu akan memulakan cabaran 28 hari menawan puncak di tengah Banjaran Himalaya dan mencipta nama di dalam The Malaysia Book Of Records sebagai rakyat Malaysia pertama yang berjaya melakukannya.

Katanya, setakat ini dia menggunakan dana sendiri dan memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat untuk merealisasikan hasratnya.

“Ini misi ketujuh saya dan jika berjaya, saya rakyat Malaysia pertama berjaya melakukannya di Banjaran Himalaya,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), semalam.

Sebelum ini, Mohd Noor pernah mencipta nama melakukan pendakian solo Gunung Kinabalu sempena kemerdekaan negara ke-50 dan pendakian Menara Kuala Lumpur 20 kali dalam tempoh 24 jam.

Dia akan menakluk Puncak Gokyo RI (5,357 meter), Puncak Chola-La Pass (5,420 meter), Puncak Pokalde (5,806 meter), Puncak Kongma La Pass (5,500 meter), Puncak Khalapattar (5,550 meter) dan Everest Base Camp setinggi 5,364 meter.

  Katanya, segala persiapan sudahpun dilakukan dan dia bersedia sepenuhnya untuk menjayakan misi itu termasuk mengadakan latihan fizikal sejak beberapa bulan lalu.