Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PERSEPSI NEGATIF TERHADAP ISLAM PUNCA TRAGEDI HITAM DI CHRISTCHURCH – MALAYSIA GAZETTE – 16/3/19
16 Mar 2019

Malaysia Gazette ( persepsi negatif terhadap islam punca tragedi hitam ) 15.3.19-01

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) beranggapan kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch adalah daripada persepsi negatif dunia terhadap Islam dan penganutnya.

Demikian menurut Ketua Aktivitisnya, Datuk Nadzim Johan ketika mengulas mengenai punca utama kejadian tembakan rambang di Christchurch, New Zealand siang tadi.

“Selama ini agama Islam dan penganutnya dianggap pengganas, namun jelas sekali mangsa tembakan jenayah kebencian terhadap Islam semuanya bukanlah pengganas seperti yang didakwa,”katanya dalam satu kenyataan hari ini

Nadzim berkata, sudah tiba masanya dunia bertanggungjawab atas kematian umat Islam yang tidak langsung terlibat dengan keganassan atau jenayah namun mereka mati di tangan pengganas dengan keadaan yang begitu kejam.

“Jika perkara sama berlaku terhadap penganut agama lain, pemimpin-pemimpin dunia, selebriti dan seluruh warga akan mengutuk dan melabelkan pelaku sebagai pengganas, namun apabila kejadian seperti itu menimpa umat Islam, ia dianggap ‘kes terpencil’ dilakukan orang kurang siuman,” katanya.

Kesal dengan apa yang berlaku, Nadzim bersama 40 gabungan NGO Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut.

Antaranya adalah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perlis), Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Pertubuhan Kebajikan Harimau Keramat Malaysia dan Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur.

Sekurang-kurang 49 orang terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch.

Antara yang cedera adalah dua rakyat Malaysia yang sedang bersiap menunaikan solat Jumaat di sana. – MalaysiaGazette

 

Artikel oleh : Malaysia Gazette

PERSEPSI NEGATIF TERHADAP ISLAM PUNCA TRAGEDI HITAM DI CHRISTCHURCH

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/15/persepsi-negatif-terhadap-islam-punca-tragedi-hitam-di-christchurch-ppim/