Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
POLIS MAHU JUMPA WARIS REMAJA – KOSMO – 27/2/2017
28 Feb 2017

kosmo 28.2.2017

JOHOR BAHRU – Polis bercadang untuk mengadakan satu pertemuan dengan waris lapan remaja berbasikal yang terkorban dirempuh kereta Nissan Almera dipandu seorang gadis di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada Sabtu lepas bagi memaklumkan status terkini siasatan kes tersebut.

Pertemuan itu diadakan bagi membolehkan waris-waris mendapatkan perkembangan terkini mengenai status kes berkenaan selain waris-waris juga boleh bertanyakan pelbagai soalan kepada pihak polis berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya telus dalam menjalankan siasatan kes tersebut dan tidak melin­dungi sesiapa termasuk pemandu gadis yang melanggar remaja berbasikal berkenaan.

” Siasatan kes berkenaan masih dilakukan oleh kami. Saya akan bertemu dengan waris mangsa untuk memaklumkan kes itu.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa polis Johor segera menyelesaikan siasatan kejadian lapan remaja maut dirempuh kereta yang dipandu gadis berkenaan.

” Kes yang menarik perhatian ramai ini elok diselesaikan cepat agar tidak timbul cakap-cakap tidak betul mengenai kejadian tersebut,” jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4ZxT1Wp4F