Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
POLIS TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT ISU PAJAK KERETA – BERITA HARIAN – 20/7/2017
20 Jul 2017

BERITA HARIAN 20.7.2017

Kuala Lumpur- Bukit Aman menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat lebih 50 laporan yang diterima berhubung isu pajakan kereta di Kajang, baru baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pasukan khas tersebut akan mengadakan satu mesyuarat khas berhubung kes berkenaan di Bukit Aman, Isnin ini.

Beliau akan mempengerusikan mesyuarat itu yang bakal disertai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor; Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten komisioner Othman Nanyan dan pegawai penyiasat kes berkenaan.

Teliti setiap laporan polis

“kami akan meneliti setiap laporan polis yanf diterima berhubungan dengan kes ini bagi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil,” katanya pada siding media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Jawatan Kuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke-24 di Hotel Berjaya Times Square, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan komisioner Jeneral Polis Diraja Thailand, Jeneral Sutep Dechrugsa dan Timbalan Komander Divisyen Perhubungan Luar Polis Diraja Thailand, Mejar Jeneral Apichat Suriboonya dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Noor Rashid berkata, mereka akan meneliti adakah wujud sebarang perjanjian sah antara pemilk kereta dan syarikat pemajak serta isi kandungan perjanjian berkenaan bagi memastikan tindakan adil dapat dilakukan.

Minta semua pihak bersabar

Beliau turut menegaskan semua pihak yang terbabit dalam isu pajakan kereta itu supaya bersabar sehingga pasukan khas polis menyelesaikan siasatan.

Pada 6 julai lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan kira 500 pemilik kenderaan mendakwa hasrat mereka mencari pendapatan tambahan dengan memajak kenderaan yang disewakan musnah apabila ditipu syarikat pemajak kenderaan.

Selepas pendedahan itu, PPIM bersama sebahagian pemilik kenderaan pergi ke pejabat syarikat pemajak itu di Kajang untuk mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga mencetuskan kekecohan.

Isu berkenaan berlarutan sehingga kini dengan kedua-dua pihak iaitu pemilik kenderaan yang disokong PPIM dan syarikat terbabit mengeluarkan pelbagai kenyataan mempertahankan tindakan masing-masing selain timbul tuduhan polis bersikap pilih kasih dalam menangani isu itu.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat yang menawarkan skim pajakan itu, AGR Trade Sdn Bhd sedia menyertai perbincangan dengan pasukan khas itu bagi mencari jalan penyelesaian isu berkenaan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berharap isu berkenaan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“ Kami menerima lebih 250 aduan mangsa pajakan kereta ini. Oleh itu, kami menghormati tindakan polis untuk siasat dengan lebih terperinci mengenai hal ini. PPIM berharap nasib pengguna terbela,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AGR, Datuk Seri C Kamaleshwaran, juga menyatakan kesediaan bekerjasama.

“ Jika polis panggil, kami pasti beri kerjasama dan berharap masalah diselesaikan,” katanya.