Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM, AGR sedia hadir – Metro Online – 20/7/2017
20 Jul 2017

WhatsApp Image 2017-07-20 at 15.13.13

 

PERSATUAN Pengguna Islam (PPIM) dan AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) sedia hadir pada mesyuarat khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin ini berhubung isu dakwaan penipuan pajakan kereta.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, beliau akan hadir di mesyuarat berkenaan jika diminta berbuat demikian.

“Kami menerima lebih 250 aduan mengenai mangsa pajakan kereta ini. Oleh itu, kami menghormati tindakan polis untuk siasat dengan lebih terperinci mengenai hal ini.

“PPIM amat berharap nasib pengguna terbela,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Sementara itu, pengurus AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) Datuk Seri C Kamaleshwaran ketika dihubungi berkata, akan hadir jika diminta PDRM.

“Jika PDRM panggil, kami mesti hadir ke mesyuarat itu untuk beri kerjasama,”katanya.

Hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat khas yang juga sertai Ketua Polis Selangor, Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah, pegawai penyiasat serta beberapa individu berkaitan.

Menurutnya, polis akan meneliti semua perjanjian dan laporan dengan adil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sebelum ini, tular di Facebook (FB) aktivis PPIM membantu membawa keluar kenderaan mangsa yang mendakwa ditipu AGR.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/245949/ppim-agr-sedia-hadir-update