Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM: BERI DOKUMEN SEMENTARA – UTUSAN MALAYSIA – 27/4/2017
27 Apr 2017

utusan malaysia 27.4.2017

KUALA LUMPUR 26 April – Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi isu bukan warganegara dalam kalangan rakyat negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka terutama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan.

“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.

“Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa, Dr. Noorazman Mohd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti.

Sehingga kini jelasnya, terdapat lebih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan dengan status bukan warganegara.

“Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu berkenaan,” ujarnya.