Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM BIMBANG TINDAKAN CETUS PROVOKASI KAUM DAN DAN AGAMA – SINAR – 11/7/18
12 Jul 2018

Untitled-1-01

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang terhadap tindakan sesetengah individu secara terang-terangan cuba mencetuskan provokasi kaum dan agama di negara ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap individu terbabit kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan tindakan di luar jangkaan oleh masyarakat.

“Kita risau kepada mereka yang mempunyai agenda… di mana mereka melontarkan sesuatu (perkara sensitif) dan (cuba) mengambil kesempatan ke atasnya.

“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga di luar kawalan dan tindakan perlu diambil tidak kira agama dan bangsa mereka,” katanya selepas majlis pelancaran program Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua yang akan disiarkan di Bernama News Channel, di sini.

Nadzim antaranya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar sekolah tahfiz ditutup.

Sementara itu Zainuddin menerusi laman blognya menjelaskan bahawa cadangan agar sekolah tahfiz ditutup adalah kerana terdapat sebahagian daripadanya beroperasi dalam keadaan standardnya tidak sama dengan sekolah kebangsaan dan berharap kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara itu.

“Jika kerajaan sekarang tidak mengambil tanggungjawab ini, maka tentunya sekolah-sekolah ini akan terus berada di taraf yang rendah dan bergantung kepada bantuan orang ramai,” katanya.

 

Artikel Oleh : Sinar

PPIM BIMBANG TINDAKAN CETUS PROVOKASI KAUM DAN DAN AGAMA

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ppim-bimbang-tindakan-cetus-provokasi-kaum-dan-dan-agama-1.855206