Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM gesa SPRM siasat ‘Datuk Kabi’ – ISMAWEB – 17/7/2017
17 Jul 2017

Snapshot(4)

BANGI, 23 Syawal 1438H, Isnin – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ahli perniagaan yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Kabi’, berikutan tiada tindakan diambil terhadap lelaki terbabit meskipun didakwa terbabit dengan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan di Kajang.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, badan integriti itu wajar membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan sekali gus menyiasat lelaki berkenaan yang dianggap ‘kebal’.

“Sudah tiba masanya SPRM buat sesuatu dan selesaikan masalah ini, jika benar sudah diambil tindakan terhadap lelaki ini maka uar-uarkan supaya semua orang dapat tahu.

“Kita pelik kerana lebih 1,000 laporan telah dibuat terhadap lelaki ini tetapi masih tiada tindakan,” katanya seperti laporan Mingguan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, beberapa siri rakaman video Yusuf tersebar luas di media sosial memaparkan beliau ‘menarik’ keluar kereta pengguna yang didakwa ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan di Kajang baru-baru ini.

Muhammad Yusuf bertindak demikian kerana mangsa mendakwa syarikat itu sudah menipu 500 individu yang menjadi pelanggannya.

Sementara itu, netizen terus meluahkan kekecewaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap ‘Datuk Kabi’, walaupun banyak laporan dibuat terhadapnya, sebaliknya akan menangkap Yusuf kerana membantu mereka yang ditindas.

Selepas kekecohan disyarikat terbabit, polis Kajang mengeluarkan kenyataan bahawa Yusuf selaku ketua kepada misi serbuan berkenaan akan ditahan kerana melakukan pencerobohan ke atas premis terbabit.

Perkara itu ternyata menimbulkan tidak puas hati di kalangan netizen kerana polis Kajang dilihat seolah-olah memihak kepada syarikat yang melakukan jenayah dan bukannya kepada mangsa.

http://www.ismaweb.net/2017/07/ppim-gesa-sprm-siasat-datuk-kabi/