Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM JUMPA SYARIKAT PENGELOLA HAJI DIDAKWA TIPU – PPIM – 1/6/2018
01 Jun 2018

PJH maklumkan aduan salah faham

KUALA LUMPUR 31 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebentar tadi telah mengadakan pertemuan dengan syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang didakwa menipu para pelanggan yang menyertai pakej haji 2017 syarikat tersebut.

Dalam pertemuan yang diadakan, PJH berkenaan telah menjelaskan keadaan yang sebenar dan telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan para jemaah yang membuat aduan terhadap mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, daripada pertemuan berkenaan, difahami pertikaian antara kedua belah pihak itu mungkin berpunca daripada salah faham.

Jelas beliau, pihaknya akan menganjurkan dan memudah cara satu pertemuan antara PJH berkenaan dan para pengadu berkenaan bagi menyelesaikan pertikaian yang berlaku.

Beliau dalam masa sama menjelaskan, pertikaian berkenaan sebenarnya berpunca daripada penggambaran dan penerimaan persepsi yang berbeza di kedua belah pihak.

“Justeru saya menyarankan agar semua pihak bertenang sehingga pertemuan antara kedua belah pihak yang terlibat.

“Saya juga berharap tidak ada lagi pihak yang membuat dakwaan bahawa syarikat PJH melaku sebarang penipuan dan memberi ruang kedua-dua pihak menyelesaikan perkara ini secara baik,” kata beliau selepas pertemuan berkenaan. – MEDIA PPIM

WhatsApp Image 2018-05-31 at 11.09.29 PM