Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, program 13 episod yang mendapat tajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu akan memberi fokus terhadap isu-isu berkaitan kepenggunaan seperti penipuan, hutang dan kesedaran pengguna.

“Kami berharap melalui program sebegini, rakyat Malaysia dapat membentuk budaya kepenggunaan yang lebih baik kerana kali ini kami akan membawa perspektif baharu yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Fokus kami masih lagi pada isu-isu kepenggunaan seperti penipuan, termasuklah isu terbaharu berkenaan penipuan mata wang digital dan kami juga akan menampilkan tetamu dari pelbagai latar belakang. Malah jika diizinkan, kami mahu tampilkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tetamu rancangan ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PPIM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi), Mastura Mohd. Khalid dan Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Abdul Rahman Ahmad. – UTUSAN ONLINE