Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM, MHO BANTU PEKERJA ASING TERANIAYA – MALAYSIAGAZETTE – 7/10/2016
07 Oct 2016

WhatsApp Image 2016-10-06 at 12.05.23 PM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk membantu pekerja asing yang teraniaya oleh majikan.
MoU itu ditandatangani Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan dengan Setiausaha MHO, Hishamuddin Hashim di Kondominium Villa Puteri di sini hari ini.
Menurut Nadzim, dengan termeterainya kerjasama itu, PPIM mempunyai plafform yang lebih terjamin untuk membantu golongan pekerja asing yang teraniayai mendapat pembelaan.
Sebelum ini, katanya, PPIM banyak menerima aduan mengenai penganiayaan itu, tetapi tidak dapat memberi pembelaan kerana memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat guaman.
“Sekarang kita sudah ada sekumpulan peguam yang akan memberi perkhidmatan secara sukarela dan kos guaman lebih rendah dalam menyelesai dan menangani kes berkenaan.
“Kita terima banyak aduan seperti kes majikan tidak bayar gaji sehingga enam bulan, pekerja yang tamat tempoh visa tetapi takut untuk pulang ke negara mereka dan bermacam-macam lagi.
“Kes seperti ini jika ada aduan, kita akan bela. Kita mahu mereka juga mendapat hak untuk membela diri kenapa dianiaya mahupun tinggal lebih tempuh,” katanya.
Sementara itu, Hishamuddin yang juga seorang peguam memberitahu, pekerja yang dizalimi itu sepatutnya mendapat hak mereka dan MHO dengan kerjasama PPIM cuba membantu.
Jelas beliau, pekerja asing yang ditahan di kem tahanan sebenarnya boleh dikurangkan jumlah hukuman, tetapi kerana tiada sumber kewangan, mereka tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.
“Bagi pihak kerajaan pula, lagi lama pekerja itu ditahan, makin banyak kos dibelanjakan untuk makan minum tahanan, sementara menunggu mereka habis hukuman dan dihantar pulang ke negara asal.
“Apabila MHO dan PPIM sediakan khidmat guaman, sekurang-kurang tempoh tahanan dikurangkan dan pekerja itu dihantar pulang.
“Dengan ini kerajaan dapat jimatkan kos makanan dan Malaysia mendapat nama dalam kalangan negara berkenaan,” katanya.
Beliau menasihatkan majikan dalam semua sektor, apabila mengambil pekerja asing, jagalah kebajikan mereka.
Katanya, tanpa sumbangan tenaga asing itu, pembangunan negara tidak tercapai pada tahap cemerlang sekarang. – MalaysiaGazette