Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM MULAKAN PROGRAM JUALAN JIMAT BELANJA DAPUR – PPIM – 21/5/18
21 May 2018

KUALA LUMPUR 20 Mei – Orang ramai kini boleh menarik nafas lega dengan bermulanya Program Jualan Jimat Belanja Dapur yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama rakan niaga strategiknya, Nurani Resources Sdn. Bhd.

WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.12 AM (2)

Dalam jualan yang berlansung di Pasar Bandar Baru Ampang tersebut, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan barangan basah dan keperluan lain pada harga rendah serta menjimatkan.

WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.12 AM (1)

Menurut Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn. Bhd., Datuk Ali Hasan, program berkenaan disasarkan kepada B40 yang amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang berlaku selama ini.

WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.12 AM

“Islam merupakan agama yang lengkap dan sentiasa menganjurkan kebaikan dan manfaat bersama dalam setiap perkara termasuklah perniagaan, inilah asas kepada penganjuran Jualan Jimat Belanja Dapur yang sasarannya ialah untuk melegakan beban masyarakat.WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.11 AM (2)

WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.11 AM (1) WhatsApp Image 2018-05-21 at 10.37.11 AM

“Kami juga bersyukur kerana mendapat sokongan pihak berkuasan tempatan dan berdoakan agar sokongan tersebut akan sentiasa diteruskan dan dipertingkatkan demi kepentingan masyarakat terutamanya golongan B40,” kata Ali ketika ditemubual media pada program berkenaan. – UNIT MEDIA PPIM