Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM RAYU KEMENTERIAN LUAR CAMPUR TANGAN – UTUSAN MALAYSIA – 9/6/2017
09 Jun 2017

utusan malaysia 9.6.2017

Kuala Lumpur 8 Jun – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini merayu Kementerian Luar agar campur tangan menyelesaikan isu gangguan seksual yang melanda rakyat tempatan yang bekerja di kedutaan asing di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, perkara serius berkenaan perlu ditangani segera supaya hak mangsa yang teraniya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kita sangat terkejut dengan kes ini kerana wakil duta mahupun staf kedutaan dari sesebuah negara tertentu seharusnya mempunyai perwatakan yang baik serta dihormati kerana mereka mewakili negara asal mereka.

“Namun, sebaliknya, perkara yang memalukan seperti ini yang berlaku dan mereka berani melakukan sedemikian kerana merasakan kekebalan dan imuniti yang dimiliki di kedutaan yang mereka tinggal sekarang ini,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Gangguan Luar Biasa di Kedutaan di sini hari ini.

Turut hadir dua rakyat tempatan yang bekerja di kedutaan yang menceritakan sendiri pengalaman menjadi mangsa serangan seksual.