Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM Sangkal Dakwaan Dituduh Ada Hubungan Gengster 36 Dan 77 – My Suara.Net – 13/7/2017
13 Jul 2017

Snapshot

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan gangster melayu yang didalangi kumpulan 36 dan 77.

Merujuk kepada video yang tular baru-baru ini melibatkan syarikat pajakan kenderaan di Sungai Sikamat, Kajang pelbagai tohmahan disuarakan netizen mengatakan PPIM didalangi gengster melayu yang bersama-sama dalam usaha mengeluarkan kenderaan dari gudang kenderaan AGR.

Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Yusof Azmi menegaskan bahawa PPIM tidak pernah mengupah atau membayar mana-mana individu atau kumpulan malah, ke semua individu yang hadir merupakan mangsa dan orang awam yang tinggal di kawasan berhampiran.

Yusof juga menambah komen-komen yang ditulis oleh netizen yang menggelarkan diri sebagai ahli kumpulan 36 dan 77 yang ingin menyertai PPIM atas kapasiti seorang sukarelawan yang berminat untuk menyertai pertubuhan itu.

“Saya berasa hairan, ada juga individu yang tidak bertanggung jawab menuduh kami mengupah gangster yang terdiri dari kaum melayu, sedangkan orang kampung dan pihak polis yang bersama-sama membantu kami sehingga selesai.

“Ini merupakan tohmahan liar yang sengaja di reka-reka untuk menjejaskan usaha murni kami (PPIM) bagi membela mereka yang teraniaya.
“Bertembung gangster melayu dan gengster kaum lain itu fitnah tetapi, pertembungan pejuang Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan gangster itu benar,” katanya ketika ditemui.

Beliau juga turut menasihatkan masyarakat untuk berhati-hati mempercayai maklumat yang tidak benar dan seeloknya bertemu PPIM untuk mendapatkan maklumat yang telus dan sahih.

https://www.mysuara.net/ppim-sangkal-dakwaan-dituduh-ada-hubungan-gengster-36-dan-77/