Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SEDIA SALUR MAKLUMAT BANTU PASUKAN KHAS – UTUSAN MALAYSIA – 21/7/2017
21 Jul 2017

WhatsApp Image 2017-07-21 at 16.02.21

Kuala Lumpur 20 Julai- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan di Kajang yang dimiliki individu yang bergelar ‘Datuk Kabi’

Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Yusuf Azmi berkata, selain polis dan Suruhjaya Pencegahan Rasuah  (SPRM) , Bank Negara Malaysia (BNM) perlu campur tangan menyiasat harta dimiliki usahawan tersebut.

“ Saya menyokong usaha polis untuk menubuhkan pasukan khas dan berharap siasatan dalam dijalankan secara terperinci sehingga ke akar umbi. Ramai yang mendakwa menjadi magsa syarikat tersebut dan kerugian yang ditanggung bukanlah sedikit.

“ Dia ‘Datuk Kabi’ cuba mengelak dan mendakwa syarikat tersebut dimiliki oleh isterinya. Sekiranya dakwaan tersebut benar, wanita tersebut perlu tampil membantu siasatan ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bahawa polis akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti setiap laporan berhubung kes penipuan yang didakwa melibatkan syarikat pajakan kereta milik ‘Datuk Kabi’.

Muhamad Yusuf berkata, pihaknya telah menerima lebih 200 aduan baharu yang mendakwa ditipu syarikat pajakan kereta, AGR Auto Trade Sdn.Bhd. Melalui skim pajakan kenderaan.

“ Aduan bukan sahaja diterima oleh orang Melayu , namun ada juga mangsa dalam kalangan kaum Cina dan India. PPIM bukan sahaja membantu orang melayu sebaliknya kita menghulurkan bantuan kepada semua pihak tanpa mengira agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau yakin penubuhan pasukan khas itu dapat mengumpulkan lebih banyak bukti berkaitan kes tersebut.

“ Tidak mustahil selepas ini lebih ramai mangsa yang akan tampil membuat laporan dan mahukan pembelaan. Sekiranya memerlukan maklumat kita boleh membantu kerana PPIM juga mahu pihak bersalah menerima hukuman sewajarnya,” katanya.