Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA 15 ADUAN SCAM SEBULAN – SINAR HARIAN – 20/3/19
20 Mar 2019

Sinar ( PPIM terima 15 aduan scam seulan ) 20.3.19

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sekurang-kurangnya 15 aduan dalam tempoh sebulan bagi kes membabitkan jenayah scammer.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berbagai aduan jenis scam diterima antaranya scam dalam pembelian barangan, scam pembelian vending machine, dan tidak kurang scam babitkan masalah akaun individu.

Menurutnya, bagi scam masalah akaun, individu berkenaan dihubungi dan dimaklumkan akaun mempunyai masalah serta perlu membuat transaksi ke akaun lain.

“Scam akaun ini tak pernah habis, scam pelaburan wang kripto, pulangan luar biasa juga tidak pernah selesai dan masih ramai lagi yang menjadi mangsa. Jika mereka benar-benar menjadi mangsa, kita akan bantu,” katanya.

Nadzim berkata, selain aduan penipuan scam pembelian barangan dan pelaburan, pihaknya juga menerima aduan yang mendakwa akaun banknya telah disalahgunakan individu lain.

Menurutnya, bagi individu yang dikatakan sebagai keldai akaun, ada antaranya yang memang tahu akaun mereka disalahgunakan dan ada juga yang menjadi mangsa keadaan serta tidak tahu akaun mereka digunakan untuk aktiviti penipuan.

“Terbaru, kita terima aduan daripada seorang individu yang mendakwa dirinya ditipu oleh seseorang untuk transaksi wang pelaburan tak wujud bernilai kira-kira RM4 juta dan kini dia menjadi tertuduh.

Menurutnya, bagi individu yang tahu akaun digunakan untuk tujuan yang salah atau menjual akaun mereka sendiri, PPIM tidak akan memberikan sebarang bantuan.

“Itu dia tanggunglah sendiri tapi bagi kes adik bawa lari akaun, kawan pinjam akaun yang macam itu kita (PPIM) akan tolong.

“Kalau yang dah terang-terang buka lima akaun, satu akaun jual RM250, itu penipuan yang dia kena jawab (tanggung) sendiri dengan tindakan undang-undang,” katanya.

 

Artikel oleh : Sinar Harian

PPIM TERIMA 15 ADUAN SCAM SEBULAN

https://www.sinarharian.com.my/article/18916/SIASAT/scammer