Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA 50,000 ADUAN SINDIKET AHLONG – BERITA HARIAN – 10/1/19
10 Jan 2019

BH ( ppim terima 50,000 aduan sindiket ahlong ) 10.1.19-01

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merekodkan lebih 50,000 aduan sindiket pemberi pinjam haram atau along dalam tempoh dua tahun bermula 2017.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata sebahagian besar mangsa terdiri daripada individu berusia antara 40 hingga 60 tahun dengan kerugian puluhan juta ringgit.

Katanya, kebanyakan wang yang dipinjam untuk mendapatkan modal awal bagi memulakan perniagaan.

“Pada masa sama, ada segelintir daripada mereka menggunakan wang itu untuk membayar komitmen bulanan seperti kereta dan rumah.

“Tidak kurang mereka yang mahu menampung kos perubatan hospital mencecah puluhan ribu ringgit.

“Antara punca ia berlaku kerana rakyat menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman daripada bank, terlalu banyak prosedur dan ia secara tidak langsung mendorong mereka untuk menggunakan ‘jalan belakang’ (meminjam dengan along).

“Lebih mudah dengan along, namun mereka terpaksa menanggung padahnya apabila faedah pinjaman dikenakan berlipat ganda. PPIM akan bertindak untuk membantu mangsa berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata cabaran dihadapi pihaknya termasuk menerima ugutan bunuh.

“Itu perkara biasa (ugutan bunuh).

“Namun ia tidak pernah meruntuhkan jiwa dan semangat ahli PPIM untuk terus membantu mangsa menyelesaikan kes along,” katanya.

 

Artikel Oleh : Berita Harian
PPIM TERIMA 50,000 ADUAN SINDIKET AHLONG

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/517817/ppim-terima-50000-aduan-sindiket-along