Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM – HARAKAH DAILY – 30/1/19
30 Jan 2019

Harakah Daily ( PPIM ucap terima kasih kpd PM ) 30.1.19

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana tegas dalam pendiriannya tidak membenarkan perenang Israel memasuki negara ini.

PPIM sependapat dengan Tun Mahathir, Israel sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.

PPIM juga menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa (IPC) sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan 28 Julai hingga 4 Ogos depan di Kuching, Sarawak.

Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan menggesa rakyat Malaysia bersatu hati dalam isu ini tanpa mengira pegangan politik, bangsa dan agama.

“Ini bukan soal kita rasis, anti-yahudi atau anti-semitik, tetapi Malaysia berpegang teguh mengutuk segala perbuatan zalim Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya.

Beliau berkata menghalang dua atlet negara zionis itu telah menunjukkan kepada dunia, Malaysia bukanlah negara yang akan tunduk dengan tekanan kuasa besar, dan tidak akan berdiam diri apabila negara lain seolah membiarkan sahaja Israel melakukan sesuka hati mereka tanpa menghiraukan undang-undang dunia.

 

Artikel oleh : Harakah daily

PPIM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9584-ppim-ucap-terima-kasih-kepada-pm