Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Proses lelongan rumah didakwa mencurigakan – Berita Harian Online – 23/5/2017
24 May 2017

KUALA LUMPUR: Seorang guru agama mendakwa proses lelongan kediaman teres setingkat miliknya tidak dilakukan mengikut perundangan apabila nilai rumah itu turun mendadak hingga menyebankannya menanggung kerugian.

Abdul Razak Yunus, 54, yang mengambil upah mengajar al-Quran di pejabat dan surau berdekatan, terkejut dengan proses itu kerana nilai lelongan asal RM400,000 turun 40 peratus dalam tempoh dua bulan.

“Rumah saya dilelong empat kali dalam dua bulan dan saya rasa curiga kerana biasanya tempoh diperlukan untuk lelongan seterusnya adalah tiga bulan selepas lelongan pertama.

“Saya mempunyai tunggakan RM170,000 dan jika ini berterusan, ia akan hanya mendatangkan kerugian akibat harga lelongan yang semakin rendah,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, rumah itu turut dijadikan yayasan mengajar agama kepada kanak-kanak setempat tetapi terpaksa dijual kerana masalah kewangan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, meminta kerajaan negeri memeriksa semula Kanun Tanah Negara.

Nadzim berkata, proses lelongan yang tidak dilaksanakan dengan jujur boleh menjejaskan harga pasaran.

“Pihak berkuasa terutama kerajaan negeri mesti meneliti semula Akta 625 kanun terbabit dan menyelesaikan masalah ini kerana ia dilihat menganiaya penjual rumah,” katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/285598