Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PUSAT TAHANAN YANG AMAT KOTOR DAN MENJIJIKKAN – PPIM – 18/8/2017
18 Aug 2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima jumlah aduan yang banyak daripada pengadu yang pernah ditahan di pusat tahanan yang mengatakan keadaan tempat tahanan tersebut berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, memalukan dan dianggap bertentangan dengan ajaran Islam sepertimana Malaysia sebagai negara yang agama rasminya Islam.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan berkata pihaknya banyak menerima aduan mengenai pusat tahanan yang sangat kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat untuk beribadat.

WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.21.34

“Kita bukan hendak menunding jari atau menuduh siapa-siapa di dalam hal ini, tetapi perkara yang melibatkan isu kebersihan ini sangat penting kerana kita adaalah negara Islam” kata beliau pada sidang media PPIM hari ini.

Tambahan beliau, sikap layanan semasa di pusat tahanan adalah sama rata antara pesalah dan tidak bersalah. “Bukan semua orang di dalam lock up bersalah kerana ada yang ditahan di dalam hanya untuk membantu siasatan sahaja” jelas beliau.

Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa orang yang ditangkap oleh pihak Polis tidak semestinya bersalah dan tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang sama dengan orang yang bersalah.

“ Jangan disebabkan undang-undang kita lupa pada kemanusiaan” tegas beliau

WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.40

Turut hadir bersama President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin. “Saya pernah ditahan di penjara Israel dan apabila saya masuk ke penjara mereka tidaklah lawa tetapi keadaan di dalam sana amat bersih berbanding dengan penjara tempat kita yang sangat kotor” katanya.

“Kami mengambil berat akan perkara ini, apabila keadaan penjara yang terlalu kotor maka masalah kesihatan boleh terjejas.” Beliau turut menyatakan sekiranya pihak berkuasa memerlukan bantuan dari pihak NGO mengenai perkara tersebut boleh duduk berbincang bersama mereka.

“ Saya pernah ke dalam sana (lock up), keadaan di dalam sana amatlah kotor, berbau busuk dan tidak sesuai untuk dibuat tempat sembahyang.,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.

WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.35

“ Orang masuk penjara untuk berubah tetapi bila keluar jadi makin teruk sebab suasana dan layanan yang tidak beperikemanusiaan dan perlu ada satu agensi ditubuhkan yang tugasnya adalah untuk menjaga penjara dan kebersihannya,” Yusuf berkata.

Beliau turut memohon kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Di Dalam Negeri, Ketua Polis Negeri dan Daerah untuk melihat kembali perkara ini.

Di akhir sidang media terbabit, Datuk Nadzim Johan meminta kepada pihak berkenaan untuk memantau perkara ini dengan serius dan mengatakan pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau perkara ini.

WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.51.16