Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RUGI RM1.6 JUTA – BERITA HARIAN – 21/11/17
21 Nov 2017

Artikel Oleh : Berita Harian

 

BH ( Ditipu pakej Haji ) 22.11.17

 

Snapshot(2)

KUALA LUMPUR: Seramai 35 individu kerugian RM1.6 juta apabila ditipu agensi pelancongan beralamat di Shah Alam, Selangor, melalui Pakej Haji Orang Kenamaan (VIP).

Semua 35 mangsa termasuk seorang yang kerugian melebihi RM200,000 sepatutnya berlepas ke tanah suci pada Ogos lalu, sebaliknya terkandas kerana masalah visa dan isu penerbangan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata mereka dijanjikan oleh syarikat terbabit akan mendapat visa khas haji (FURADA) secara terus daripada Arab Saudi, namun terkandas di lapangan terbang kerana tiada visa.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengawal selia pakej haji pihak swasta yang kononnya menggunakan visa khas FURADA.

Katanya, kerajaan perlu menghentikan pakej haji melalui visa yang tidak dikawal Tabung Haji (TH) itu bagi mengelakkan penipuan.

“Kena ada penyelarasan. Siapa sahaja yang nak pergi haji, apa jenis visa sekali pun, kena selaras. Perlu juga ada suruhanjaya kawal selia haji (menggunakan visa khas FURADA),” kata Nadzim.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas 35 mangsa penipuan Pakej Haji VIP di sini hari ini. Hadir sama Penasihat PPIM, Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim.

Wakil PPIM dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), Dr Mazlina Abu Bakar pula berkata, siasatan awal mendapati agensi terbabit tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji dan lesen umrah.

Bagaimanapun, katanya, pelaksananan pakej haji melalui visa khas FURADA oleh syarikat swasta itu, tidak dikawal selia dan tidak memerlukan lesen berkenaan.

“Ia tidak tertakluk kepada sistem Tabung Haji,” katanya menegaskan pelaksanaan pakej haji melalui visa khas FURADA itu perlu dikawal selia oleh TH atau dikawal selia oleh MKSU seperti umrah.

Kakitangan badan berkanun, Hamiza Mohd Noor, 50, berkata beliau kerugian RM226,200 (pakej untuk empat individu) kerana ditipu syarikat terbabit yang sehingga kini gagal dihubungi.

Katanya, beliau percaya dengan syarikat terbabit apabila pemiliknya yang bergelar haji memberitahu pihaknya boleh menguruskan pakej haji VIP pada Ogos lalu dengan menggunakan visa khas itu.

“Saya memasukkan RM100,000 dua kali pada 20 dan 22 Jun 2017 kerana pakej haji kami sepatutnya berlepas pada 27 Ogos 2017. Apabila ada masalah, mereka minta Tabung Haji uruskan.

“Tapi pada 28 Ogos 2017 kami tak dapat berlepas ke Makkah kerana masalah penerbangan. Bila kami hubungi pemilik syarikat terbabit, mereka kata itu bukan urusan mereka,” katanya.

Setiap mangsa kerugian sekurang-kurangnya RM50,000 bagi bayaran deposit. Sehingga kini, tiada wang mereka belum dipulangkan dan mangsa membuat laporan polis.

 

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/353477/rugi-rm16-juta