Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
RUNGUTAN FILEM DUKUN SUDAH KEDENGARAN – HARIAN METRO – 3/4/18
04 Apr 2018

Screen Shot 2018-04-04 at 2.16.54 PM

 

PRESIDEN Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya menerima rungutan berdasarkan trailer filem Dukun dipercayai mempunyai babak tidak sesuai ditayangkan kepada remaja.

Apatah lagi filem itu diklasifikasikan untuk tayangan 13 tahun ke atas kerana mempunyai unsur seram, tahyul dan keganasan.

Klasifikasi P13 merujuk filem memerlukan penonton berumur di bawah 13 tahun diberi pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

 “Ada ibu bapa agak risau dengan keluarnya filem yang berbelas tahun tak keluar tetapi nampaknya ramai yang menunggu.

“Ini filem sensasi jika dilihat di segi promosinya boleh membawa kegusaran kepada ibu bapa dan pendidik yang mempersoalkan kenapa klasifikasinya untuk 13 tahun ke atas kerana ia mungkin boleh bawa kesan negatif.

Katanya, isu itu antara dilihat menarik perhatian umum kerana filem klasifikasi P13 biasanya mengandungi unsur seram, aksi negatif, suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan,” katanya.

Beliau memohon pihak berkaitan dapat memperincikan kembali klasifikasi tontonan kepada P18 yang dianggap lebih sesuai berbanding sekarang.

Beliau berkata pada sidang media tergempar di ibu pejabat PPIM, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, penerbit dan pengarah filem selaku Penasihat Industri Kreatif PPIM, Ahmad Idham.

Filem Dukun mengisahkan seorang dukun melakukan pembunuhan kejam sepatutnya ditayangkan pada 2006 namun ditarik keluar dari pawagam atas sebab tidak diketahui dan akan ditayangkan Khamis ini.

Pengumuman penayangan dan kemasukan filem arahan Dain Said itu ke pawagam tempatan hanya diketahui semalam.

 

Artikel Oleh : Harian Metro

RUNGUTAN FILEM DUKUN SUDAH KEDENGARAN

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/327129/rungutan-filem-dukun-sudah-kedengaran