Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SAMSENG JALANAN TUNJUK BELANG – SIDANG MEDIA PPIM – 7/8/18
07 Aug 2018

https://www.youtube.com/watch?v=ovMAyY2Fo0U&feature=youtu.be

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa campur tangan kerajaan dalam menangani isu prosedur standard penarikan kereta oleh pihak bank.

Ia susulan isu viral video Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mematahkan cubaan mencuri kenderaan oleh dua penarik kereta tidak bertauliah.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.01 PM

” Sampai bila rakyat harus menguruskan diri sendiri tanpa undang-undang dan dasar kerajaan yang melindungi hak rakyat sebagai pengguna,”

” Sejak video itu viral, banyak pihak telah menghubungi PPIM. Kebanyakkan mereka menyuarakan kebimbangan keselamatan data peribadi mereka yang sewenang-wenangnya dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada pihak ketiga seperti samseng tarik kereta,” katanya di sidang media di pejabat PPIM hari ini.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.03 PM (1)

Nadzim mempersoalkan kewujudan akta data maklumat peribadi dan jabatan kerajaan serta kementerian yang bertanggungjawab.

” Kementerian Kewangan, Kementerian Pemerdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus meneliti dan mengambil tindakan tegas bagi membendung perkara ini,” katanya.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.03 PMTambah Nadzim lagi kejadian pada 31 Julai lalu yang kebetulan berlaku dihadapannya merupakan satu daripada ratusan kes yang dilaporkan di PPIM.

Oleh itu, Nadzim mendesak agar tindakan serius serta menyeluruh termasuk mengkaji dan menggubah undang-undang, dasar dan polisi sedia ada bagi mengelakkan perkara yang sama terus berulang.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.04 PMUntuk rekod, KPDNKK pernah mengeluarkan borang pendaftaran penarik kereta namun, tiada sebarang kursus atau pemantauan mahupun penguatkuasaan terhadap kes salah guna kuasa ini yang semakin berleluasa.

” Kejadian ini melibatkan keselamatan pengguna, jika maklumat data peribadi ini disalah guna pihak tertentu untuk tujuan seperti merompak atau mengugut, siapa yang akan bertanggungjawab,” tegas Nadzim.

WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.06 PM WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.09 PM WhatsApp Image 2018-08-07 at 12.28.10 PMTurut hadir di sidang media tersebut ialah mangsa kejadian untuk memberi kenyataan apa yang berlaku pada hari kejadian.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Yaakob memberitahu wartawan pinjaman kenderaannya telah di bayar lebih 80 peratus dari jumlah pinjaman dan kali terakhir bayaran dibuat adalah pada 30 hb Julai, oleh itu kejadian pada 31 Julai itu adalah tidak munasabah.

Selain itu, turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan, Mohammad Hisham Shafie.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032. Terima Kasih. [TAMAT]