Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘SAYA MERAYU, BANTULAH SAYA’ – MYMETRO – 24/07/2017
25 Jul 2017

Saya merayu bantulah saya METROTV Harian Metro

“SAYA merayu rakyat Malaysia membantu saya dan keluarga yang kini berdepan masalah kewangan.

“Tempoh tinggal di rumah sewa hanya tinggal enam hari lagi kerana tuan rumah minta kosongkan serta-merta,” kata seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Halim, 36, yang buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi.

Bapa kepada enam anak itu berkata, dia ibarat jatuh ditimpa tangga selepas diberhentikan kerja sebagai pemandu hampir setahun lalu.

Menurutnya, dia memerlukan sejumlah wang untuk membayar yuran persekolahan dan perbelanjaan lima anaknya iaitu dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa dan tiga lagi di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2.

Malah, sudah beberapa kali dia meminta anak-anaknya berpuasa kerana tiada wang untuk perbelanjaan sekolah.

“Saya terpaksa membuang perasaan malu meminta bantuan orang ramai kerana memang betul-betul terdesak. Tak dapat banyak, sikit pun tak apa,” katanya ketika membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat PPIM di 03-40420011.

Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/247243/saya-merayu-bantulah-saya-metrotv