Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SEDIA BANTU SPRM – HARIAN METRO – 29/11/17
29 Nov 2017

 

Artikel Oleh : Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/11/288513/sedia-bantu-sprm

Harian Metro ( Sedia Bantu SPRM ) 29.11.17

Kuala Lumpur: “Saya sangat terkejut dan sedih apabila membaca berita yang dilaporkan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kata Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mohd Salim Taha.

Katanya, memandangkan kes itu masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), LPP tidak seharusnya membuat sebarang komen kepada pihak media.

 “Bagaimanapun, LPP sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.
Reaksi itu diberikan ketika diminta mengulas mengenai isu Pengurus Projek Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Melaka, yang disyaki menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM2.54 juta, Isnin lalu.

Penahanan itu dibuat apabila suspek dipercayai membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK.

Daripada jumlah tuntutan itu, kerajaan sudah membayar RM1.33 juta manakala selebihnya belum dibayar.

Setakat ini, empat suspek berusia 38 tahun hingga 52 tahun termasuk seorang pengurus projek ditahan SPRM.

Khamis lalu, akhbar ini melaporkan, wujud sindiket yang membuat tuntutan palsu dan menjual baja subsidi kepada pihak ketiga dengan nilai kerugian lebih RM80 juta sejak enam tahun lalu.

Ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan daripada orang ramai mengenai perkara itu yang didakwa berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara yang menerima bantuan daripada SBPKP.

Susulan laporan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan, pihaknya yakin kegiatan itu bukan saja berlaku di Melaka, tetapi di tempat lain dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.