Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SERAH RM50,000 ISI DANA TABUNG HARAPAN MALAYSIA – METRO – 11/6/18
11 Jun 2018

sumbangan hari raya-01

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbang RM50,000 bagi mengisi Tabung Harapan Malaysia, kelmarin.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sumbangan disampaikan menerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip.

Katanya, sumbangan itu sebagai merealisasikan tanggungjawab dan keprihatinan badan bukan kerajaan terbabit bagi membantu negara.

 “Sumbangan ini adalah satu penghargaan atas usaha kerajaan mewujudkan satu negara yang memberi harapan kepada generasi akan datang,” katanya pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Rampai di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan dianjurkan bersama PPIM dan Al Madrasathul Faridiyah yang dipengerusikan Datuk Jawahar Ali yang juga pemilik Restoran Ali Maju.

Pada majlis berkenaan, lebih 7,000 golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya diraikan serta menerima sumbangan Aidilfitri berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai.

 

Artikel Oleh : Metro

SERAH RM50,000 ISI DANA TABUNG HARAPAN MALAYSIA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/348087/serah-rm50000-isi-dana-tabung-harapan-malaysia