Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIASAT DALANG – HARIAN METRO – 27/7/2017
27 Jul 2017

harian metro 27.7.2017

Kuala Lumpur – Individu dikenali sebagai Raja Samsul yang didakwa dalang isu penipuan isu pajakan kenderaan kini dalam perhatian polis

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya menjalankan siasatan berdasarkan laporan atas individu terbabit yang didakwa pencetus masalah ramai mangsa dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR).

Menurutnya, polis bertindak mengikut laporan dan meneruskan siasatan jika ada laporan polis berhubung isu pajakan kereta itu.

“ kita akan nilai semula laporan baru yang diterima, manakala polis menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya mengenai siasatan berkaitan pencerobohan dilakukan.

“ Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi isu yang dapat memecahbelahkan keselamatan awam dan berharap kes ini tidak dipanjangkan. Malah, pemilik sudah mendapat kenderaan masing-masing hasil perbincangan kedua-dua pihak,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPK), di sini, semalam.

Asisten komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kajang yang baru bagi mengantikan Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan yang dinaikan pangkat dan bertukar jawatan ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. Mazlan mengingatkan orang ramai supaya memahami terma dan syarat perjanjian sewa beli bagi mengelakkan salah faham.

“ Katanya, mereka perlu memastikan perjanjian menepati undang-undang sedia ada dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Isnin lalu, lebih 30 pemilik kenderaan hadir bersama-sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membatalkan kontrak pajakan kenderaan dan mendapatkan semula kenderaan masing-masing selepas perbincangan dengan wakil persatuan  dan wakil syarikat.

Lima kereta diambil semula oleh pemajak dan 53 kunci pendua diserahkan kepada mereka.

Dikatakan kemungkinan wujud skim penipuan membabitkan pemilik AGR terdahulu menyebabkan pemajak terpaksa menangung kerugian didalangi individu dikenali sebagai Raja Samsul.