Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIASAT DALANG RUMAH MURAH – HARIAN METRO – 27/9/17
27 Sep 2017

HM (27.9.17) siasat dalang rumah murah

PPIM hantar memorandum kepada EAIC gesa isu penipuan tidak berleluasa.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mahu isu penipuan rumah murah yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Aktivis Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, berikutan itu pihaknya menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), semalam bagi memastikan isu berkenaan tidak diambil mudah oleh pihak tertentu.

“Kami membawa lebih 400 aduan daripada mangsa untuk membantu mencari punca modus operandi (MO) yang dilakukan dalang yang mengaku sebagai kontraktor syarikat perumahan.

“Selepas pertemuan dengan EAIC, mereka memberi jaminan untuk turut sama membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan satu pasukan khas dalam menyiasat perkara ini,”katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum di sini semalam.

Selain itu, PPIM turut mengadakan sesi perbincangan dengan EAIC yang berlangsung dua jam. Memorandum berkenaan diterima Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi EAIC Celemans Kasim. Yusof berkata, beberapa laporan polis sudah dibuat mangsa kerana mereka mengesyaki perkara terbabit adalah satu kes jenayah penipuan.

“Bagaimanapun, dalang kes penipuan ini masih melakukan promosi rumah murah, seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil ke atas mereka.

Oleh itu kami nasihatkan kepada orang ramai yang terkena dengan penipuan rumah murah ini untuk tampil menghantar aduan kepada PPIM,” katanya.

Menurutnya, memorandum yang dihantar kepada EAIC itu adalah satu langkah supaya kes berkenaan mendapat lebih perhatian yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Unit Tindakan Khas PPIM membongkar kegiatan sindiket penipuan rumah murah yang dijalankan enam individu sehingga tular di media sosial tempatan.