Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIASAT GOLONGAN KAUT KEUNTUNGAN HASIL JUAL MERCUN – SINAR HARIAN – 1/7/2017
01 Jul 2017

sinar harian 1.7.2017

Shah Alam – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa melakukan siasatan hingga akar umbi bagi memberkas mereka yang mengimport, membekal dan menjual mercun.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, isu ini dipandang serius kerana masih berleluasa dan banyak kes sehingga melibatkan nyawa.

“Saya gesa PDRM dapatkan maklumat sumber orang ramai beli kerana ia adalah pelanggaran undang-undang yang sangat serius.

“Hapuskan mereka yang buat keuntungan atas kesengsaraan orang lain iaitu pengimport, pembekal dan penjual,” katanya.

Ma’amor berkata, masyarakat juga disaran memainkan peranan masing-masing menggunakan kuasa media sosial bagi membantu PDRM.

“Kalau ada maklumat boleh hebahkan supaya kita tahu siapa pelakunya. Ambil gambar atau rakaman, hantar kepada PDRM,KPDNKKSPRM atau semua pihak yang terbabit.

“Tularkan juga di media sosial supya tindakan diambil segera berdasarkan maklumat yang ada,” katanya.