Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA PELANCARAN BLOG FORUM SEMAK MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN PENYERAHAN INSURANS PERLINDUNGAN KEPADA WARIS AHLI PPIM
14 Jan 2011

Blog Papar Isu Penipuan Pelaburan, Syarikat Jualan Langsung, MLM Dilancar
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat melancarkan sebuah blog yang mengumpul dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai isu-isu penipuan melibatkan pelaburan, syarikat jualan langsung, peniagaan online dan ‘pemasaran pelbagai aras’ (MLM).
Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pengguna boleh menyemak maklumat di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan pelbagai jenis penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melibatkan jutaan ringgit sehingga serendah RM20.
“Pelbagai jenis aduan penipuan yang kita terima selama ini kita kumpulkan dan paparkan di dalam blog ini seperti penipuan melalui SMS (sistem pesanan ringkas) serta online, gores dan menang, pinjaman melalui koperasi, MLM dan banyak lagi.
“Kami harap blog ini dapat beri kesedaran dan maklumat kepada orang ramai supaya tidak tertipu, sebelum buat komitmen atau menerima sebarang tawaran semak dulu contoh-contoh penipuan dalam blog ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran blog itu di sini.
Nadzim berkata pihaknya yang menerima 20 hingga 30 aduan sebulan daripada orang awam yang tertipu turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang semakin licik itu.
“Mungkin disebabkan tawaran tinggi dan sesetengahnya disertakan dengan tandatangan atau gambar menteri, jadi orang mudah percaya dengan penipu-penipu yang semakin bijak ini,” katanya.
— BERNAMA