Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SIDANG MEDIA : PPIM VS AGR – PPIM – 12/7/2017
13 Jul 2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima beberapa aduan dari mangsa yang ditipu oleh sebuah syarikat pajakan kenderaan. Syarikat dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar “Raja” dan seorang individu menggelar dirinya sebagai Dato’ Seri Kabi.

Kami dimaklumkan bahawa syarikat ini turut mendiamkan diri apabila dihubungi mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar dan pemilik kenderaan telah disenarai hitam oleh bank dan menerima saman.

1

Mengulas perkara tersebut, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara ini terjadi disebabkan ramai mangsa yang terdesak untuk mendapatkan wang atau tidak mampu membayar bayaran bulanan kenderaan mereka. Mangsa telah mengambil langkah mudah dengan pergi ke syarikat tersebut untuk memajakkan kenderaan mereka.

Beliau turut menjelaskan perlu ada undang-undang baru bagi sesiapa yang mahu menyewakan kenderaan perlu ada lesen yang sah.

“Ada yang menular di sosial media mengenai PPIM memecah masuk syarikat tersebut dan membawa gangster, ini adalah tidak benar sama sekali,”beliau menafikan perkara itu.

Nadzim menerangkan bahawa pihaknya bukan menceroboh pada hari kejadiaan tetapi adalah untuk membela nasib para pengguna yang teraniyai.

4

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi turut mengatakan kekecewaan beliau terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang mengenai isu baru-baru ini.

“Tidak Pernah ada orang mencuri atau menceroboh sesuatu tempat dengan membawa kamera dan menjemput rakan-rakan media untuk turut serta,”katanya.

Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan kepada pihak AGR agar menyelesaikan masalah tersebut dengan mangsa tetapi tidak diendahkan.

“Saya ke sana bukan pergi sahaja, tetapi menemani mangsa untuk menuntut hak mereka,”tegas beliau lagi.

“Jika Dato tersebut berniaga secara benar kenapa perlu memakai sampai 10 orang bodyguard?”beliau turut mempersoalkan hal tersebut.

Yusuf turut mendedahkan pada sidang media ini,bahawa tanah yang menempatkkan gudang kereta AGR bukan tanah milik kepunyaannya tetapi milik orang lain.

2

Pihak beliau telah mendapat informasi tersebut melalui tuan tanah sendiri yang mengatakan beliau cuba untuk mendapatkan tanah tersebut balik tetapi telah diugut oleh pihak AGR dengan menghantar gangster.

“Kita berharap pihak agensi dan penguatkuasa awam supaya faham tanggungjawab dan amanah yang diberikan,”katanya lagi.

Turut hadir Bersama Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato Hishamuddin Hashim. Beliau mengatakan perkara ini tidak seharusnya berlaku tetapi disebabkan semakin ramai yang menjadi mangsa isu terbabit menjadi hangat diperkatakan.

“Apabila wujud akta sewa beli, owner sebenarnya adalah bank dan hire adalah pembeli. Pembeli tidak boleh menjual atau menyewa kenderaan mereka kepada orang ketiga kerana tidak sah di sisi undang-undang,”kata beliau.

Di akhir sidang media tersebut, Datuk Nadzim Johan berpesan kepada semua pengguna supaya bersatu hati dalam menangani masalah penindasan ini dan memohon pihak Suruhanjaya Percegah Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan melihat semula perkara yang serius ini.

5