Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Sidang Media : Sumbangan Penajaan Expedisi Himalaya 2017 – YPNM – 20/4/2017
20 Apr 2017

20 April 2017 – Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Datin Shamsuria Abdullah harini menyerahkan wang sejumlah RM3000 kepada seorang pendaki gunung untuk memecahkan rekord Malaysia dengan mendaki Gunung Himalaya memalui 6 puncak.

Mohd Noor Mat Amin adalah seorang pendaki solo yang telah mendaki Gunung Kinabalu lebih puluhan kali dan kini beliau memasang hasrat untuk memecah rekod Malaysia dengan mendaki gunung Himalaya melalui 6 puncak setinggi 5,000 meter dari atas paras laut. Beliau adalah orang yang pertama mendaki Gunung Kinabalu secara berterusan selama 58 jam dan beliau juga salah seorang jurugambar dan wartawan yang membuat liputan berkenaan pendakian Gunung Everest buat kali pertama.

Menurut beliau, tiada lagi rekod Malaysia menunjukkan pendakian sebegini. Memandangkan kos untuk misi ini hampir RM120 ribu membuat pendakian ini sukar. Oleh itu, beliau berharap agar ada sumbangan dari pihak luar untuk menjayakan misinya kali ini.

Selain dari sumbangan RM3000 itu, sayrikat SK Combination Sdn. Bhd. Milik Datin Shamsuria memberi bekalan makan untuk ekspedisi memecah rekod Malaysia ini. Pendakian akan dimulakan pada 23 April 2017 dan dijangkan tamat pada 20 Mei 2017.

IMG_3365 IMG_3391 IMG_3413 IMG_3420