Home SUKARELAWAN PPIM – SOALAN LAZIM

SUKARELAWAN PPIM – SOALAN LAZIM

by Zharif Johor

Apakah Objektif Program Sukarelawan PPIM?
Mewujudkan kumpulan pejuang kepenggunaan Islam yang bertanggungjawab dan berpengaruh bagi menangani pelbagai permasalahan ummah.

Mengapa Anda Perlu Menjadi Sukarelawan PPIM?
Agar kita semua dapat bersama-sama mempertahankan hak kita sebagai pengguna disamping membantu mereka yang teraniaya.

Mengapa Pengadu Perlu Mendaftar Sebagai Sukarelawan PPIM?
Agar pengadu turut mempunyai tanggungjawab sosial ke atas masyarakat. Pendaftaran ini juga perlu bagi membolehkan PPIM mewakili pengadu dalam aduan yang dilaporkan.

Mengapa Sukarelawan PPIM Dikenakan Yuran?
PPIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dibiayai oleh mana-mana pihak termasuklah kerajaan. Pendirian berdikari ini juga membolehkan PPIM tidak dipengaruhi dalam memperjuangkan hak pengguna.

Sebahagian daripada yuran adalah untuk penyediaan pek Sukarelawan PPIM dan selebihnya digunakan untuk menampung sebahagian kos operasi dan aktiviti PPIM. Sehubungan itu, sokongan pengguna dengan mendaftar sebagai Sukarelawan PPIM akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

Berapa Yuran Sukarelawan PPIM?
Yuran Sukarelawan adalah RM100.00 untuk setahun.

Apa Manfaat Menjadi Sukarelawan PPIM?
Walaupun tujuan utama menjadi seorang sukarelawan adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain, PPIM tetap berusaha menyediakan manfaat kepada setiap Sukarelawan PPIM yang berdaftar. Antara manfaat semasa adalah:
1. Pek Sukarelawan PPIM bernilai RM100.00.
2. Keutamaan dalam layanan aduan.
3. Diskaun (sehingga 50%) lebih rendah bagi perkhidmatan berbayar oleh agensi yang dilantik PPIM dalam pengendalian aduan peribadi, komersil atau sivil.
4. Jemputan untuk menyertai majlis, aktiviti atau forum. Sukarelawan akan dipilih secara rawak untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh PPIM atau sekutunya.
Untuk kemaskini manfaat semasa, sila layari sukarelawan.ppim.org.my/manfaat

Apakah Tanggungjawab Yang Perlu Digalas Oleh Sukarelawan PPIM?
Sukarelawan PPIM dikehendaki menyampaikan maklumat mengenai isu dan masalah kepenggunaan kepada PPIM agar ianya dapat diambil tindakan bersama. Sukarelawan PPIM juga berpeluang untuk membantu Aktivis PPIM dalam  penyelesaian aduan pengguna.

Bagaimana Saya Boleh Membantu PPIM & Mereka Yang Teraniaya?
Anda boleh membantu samada dalam bidang kepakaran, bantuan kewangan atau sumbangan tenaga. Bagi individu yang mempunyai kepakaran tertentu, PPIM akan merujuk kepada mereka apabila diperlukan.

Mengapa PPIM Enggan Dibiaya Atau Dinaung?
PPIM memilih untuk berkecuali agar tidak dipengaruhi oleh kepentingan tertentu semasa membuat keputusan dalam pengurusan aduan dan mempertahankan hak pengguna.