Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SURI RUMAH MENGAKU TIDAK BERSALAH PPERDAGANG BAYI – SINAR – 19/4/19
20 Apr 2019

Sinar ( surirumah nafi perdagang bayi ) 20.4.19

KLANG – Seorang surirumah didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua bayi.
Bagaimana pun, Nik Rahimah Nik Mohd Nawi, mengaku tidak bersalah.
Ibu kepada empat orang anak itu didakwa memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia 15 hari berhampiran pejabat Suruhanjaya Sumpah Selayang, jam 10 pagi pada 8 Februari lalu.
Dia juga didakwa memperdagangkan bayi lelaki berusia tiga hari di tempat parkir kereta Balai Polis Batu Arang, Gombak, jam 8.40 malam pada 23 Februari.
Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain.
Jika sabit kesalahan, wanita berusia 58 tahun itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Safarizal Zakaria tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan tersebut adalah serius.
“Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, saya mencadangkan RM23,000 dan dikenakan syarat tambahan yang ketat,” katanya.
Nik Rahimah yang diwakili peguam, Razi Abd Razak memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan suaminya sebagai penjamin menghidapi pelbagai penyakit.
“Suami tertuduh seorang peniaga berpendapat sekitar RM1,500 menanggung seorang anak berusia lima tahun yang mengalami masalah jantung berlubang dan selain seorang lagi yang berusia 14 menghadapi masalah pembelajaran,” katanya.
Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes.
“Mahkamah memerintahkan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan dilarang mendekati saksi-saksi terutamanya ibu mangsa,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dalang pemerdagangan bayi didakwa esok
Pada 27 Mac lalu, wanita itu ditahan di pejabatnya di Jalan Rashaturai Kuala Kubu Bharu, Selangor, jam 4 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman.
Sebuah telefon bimbit miliknya dirampas dan suspek direman enam hari sebelum disambung tiga hari lagi.
Terdahulu, Sinar Siasat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 25 Mac lalu membongkar kegiatan pemerdagangan bayi yang kembali aktif apabila menjadikan rumah-rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk mendapatkan bekalan bayi untuk dijual.
ARTIKEL BERKAITAN:Sinar Harian bongkar sindiket jual bayi
Susulan pembongkaran tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak melakukan pemeriksaan terhadap rumah transit untuk wanita mengandung yang didakwa terlibat dalam sindiket jual beli bayi.
Modus operandinya mudah yang mana rumah jagaan terbabit akan mengambil kesempatan ke atas gadis-gadis yang mengandung luar nikah.
Selepas bersalin, gadis terlanjur perlu menyerahkan bayi mereka kepada pusat jagaan tersebut yang sudah mempunyai pembeli.
Jika tidak golongan gadis berkenaan perlu membayar lebih RM9,500 sebagai kos penjagaan semasa mengandung dan bersalin.
Artikel Oleh : Sinar Harian
SURI RUMAH MENGAKU TIDAK BERSALAH PPERDAGANG BAYI
https://www.sinarharian.com.my/article/24274/BERITA/Mahkamah/Surirumah-mengaku-tak-salah-perdagang-bayi