Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SUSULAN PAKEJ BAJA MELELEH – HARIAN METRO – 24/11/17
24 Nov 2017

Artikel oleh : Harian Metro

https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20171124/281732679792778

 

Metro ( Tempat Lain Pun Meleleh ) 24.11.17

 

Katanya, SPRM memerlukan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pun individu mengenai ketirisan baja dan racun subsidi untuk mengambil tindakan kerana ia isu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Menurutnya, sebagai agensi bertanggungjawab, pihaknya sedia memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk membanteras kegiatan terbabit. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai kewujudan sindiket yang menjual baja subsidi kerajaan kepada pihak ketiga selain membuat tuntutan palsu menyebabkan kerugian RM80 juta.

Pendedahan itu dibuat Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan terdapat penyelewengan baja subsidi di beberapa lokasi di seluruh negara oleh rantaian sindiket daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan pesawah.

Ia bukan saja menyebabkan bekalan baja terjejas, malah aduan diterima turut mendapati ada kawasan yang tiada sawah padi turut menerima bekalan baja dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) itu.

Semalam, seorang lagi suspek yang juga pesawah dan peniaga ikan direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBKP) bernilai RM2.54 juta, sekali gus menjadikan jumlah yang ditahan SPRM tiga individu.

Kelmarin, seorang pesawah direman tujuh hari atas dakwaan sama, manakala suspek pertama yang juga pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka, berusia 38 tahun, sebelum ini direman enam hari bagi membantu siasatan. Menurut sumber, suspek kedua dipercayai bersubahat bersama pengurus projek dengan mengusahakan projek penanaman padi seluas 22.2 hektar yang dipajak di Merlimau.

Pengurus berkenaan didakwa membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan Mesyuarat Penapis PPK.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, bukan saja NGO, individu yang ada maklumat juga diminta menyalurkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Ada maklumat, salurkan kepada kami. Tak kira PPIM ke, NGO lain ke, individu ke, kalau ada salurkan. SPRM hak rakyat Malaysia dan bertindak bagi pihak rakyat.

“Sama juga isu nelayan Vietnam. Dalam pemerhatian kami bukan saja yang sudah ditahan, tetapi ada beberapa lagi sindiket terbabit. Insya-Allah, kami ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

 SPRM perlu maklumat ketirisan baja untuk ambil tindakan