Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TAKLIMAT KESEDARAN BAHAYA AHLONG & TAKLIMAT KESEDARAN PENGGUNA – PPIM – 2/8/2017
02 Aug 2017

2 Ogos 2017- PPIM telah mengadakan satu taklimat kepada staf dari Bahagian Audit Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bahagian Audit Sekolah Selangor dan Bahagian Audit Sekolah Negeri Sembilan. Taklimat ini bermula seawal jam 9 pagi sehingga jam 5 petang membincangkan tajuk utama iaitu Kesedaran Bahaya Ahlong dan Kesedaran Pengguna.

Turut sama hadir pada taklimat hari ini ialah Ketua Audit Sekolah Wilayah Persekutuan, Pn. Revathy A/P Ramachandran, bersama Ketua Unit Pentadbir & Perkhidmatan Bahagian Audit Sekolah, En. Mohd Azlan Jaafar dan Ketua Unit Bahagian Audit Sekolah Negeri Selangor, Mohamad Khairel Rosli.

Seramai 50 orang pegawai termasuk 9 dari Bahagian Audit Sekolah Negeri Sembilan hadir dalam sesi taklimat yang dikendalikan oleh Pengarah Unit Latihan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Panel Penasihat PPIM, Dr. Abdul Kadir Warsi Mohamed.

Taklimat ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu sesi pagi, Kesedaran Bahaya Ahlong dan sesi petang, Kesedaran Pengguna membawa tajuk ‘Pengguna Bijak’.

PPIM berharap agar program Taklimat Kesedaran Bahaya Ahlong oleh Unit Latihan PPIM dan Taklimat Pengguna Bijak oleh Panel Penasihat PPIM mendapat sambutan oleh setiap masyarakat agar masalah Ahlong / Ceti Haram dapat dibendung segera.

Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.

Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.

PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama.

Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.

Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618

Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.WhatsApp Image 2017-08-02 at 10.42.11

WhatsApp Image 2017-08-02 at 10.41.48

WhatsApp Image 2017-08-02 at 10.41.36

WhatsApp Image 2017-08-02 at 15.07.15

WhatsApp Image 2017-08-02 at 10.57.14

WhatsApp Image 2017-08-02 at 15.08.01

WhatsApp Image 2017-08-02 at 15.08.00